Pengguna :
Pengguna ialah istilah
luas yang merujuk kepada mana – mana individu atau isi rumah yang menggunakan
barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi. Konsep pengguna boleh
digunakan dalam konteks yang berlainan, dengan itu, penggunaannya boleh merujuk
kepada makna berlainan.
Apakah hak – hak pengguna :
~ Hak Untuk Mendapat
Keperluan Asas ~
-
Pengguna
berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan.
~ Hak Untuk Membuat
Pilihan ~
-
Pengguna berhak untuk dilindungi
daripada barangan, proses pengeluaran perkhidmatan yang boleh membahayakan
kesihatan / kehidupan.
~ Hak untuk mendapatkan maklumat ~
- Pengguna berhak untuk
diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan
yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur
atau mengelirukan.
~ Hak untuk membuat pilihan ~
- Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti
yang memuaskan.
~ Hak untuk
menyuarakan pendapat ~
- Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan
pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan
dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh
pengeluar.
~ Hak untuk mendapat ganti rugi ~
- Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian
barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau
perkhidmatan yang tidak memuaskan.
~ Hak untuk mendapat pendidikan pengguna ~
- Pengguna berhak untuk mendapat
pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat
pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan
hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
~ Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang
sihat dan selamat ~
-
Pengguna berhak untuk hidup dan
bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada
generasi masa kini serta generasi akan datang.
Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna
Semasa membeli Sesuatu Barang?
Tempat asal
barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual
borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan
tanda perniagaan./
Tarikh produk
dikilangkan dan tarikh luput
Berat minimum,
kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
Penerangan umum
tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
Penerangan khusus
tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
Kualiti atau
keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM,
Suruhanjaya Tenaga).
Terma-terma khusus
mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
Maklumat khusus
seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu
(contoh: kanak-kanak).
- Aduan Pengguna -
- Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda perniagaan./
- Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
- Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
- Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
- Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
- Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
- Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
- Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
- Aduan Pengguna -
- Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
- Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.
PERTUBUHAN KERAJAAN
-
1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK
berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini
dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu
medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my
2)
Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro
Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan
terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat
kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan
dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam
Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777
Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777
3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya
tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia
merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos,
kurier dan pensijilan digital.
Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my
Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my
4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
(TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan
bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan
Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta
mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti
keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal
dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan
alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan
terhadap peniaga secara online.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822
5) Tribunal
Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif
untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan
pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan
cepat melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.
Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033
Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033
6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)
Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan
yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.
Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my
Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my
7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai
medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh
Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.
Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
1) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu
menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan,
pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak
pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000
2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000
2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk
memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna
di Malaysia.
Laman web : http://www.muslimconsumer.org.my
Email : info@muslimconsumer.org.m
Laman web : http://www.muslimconsumer.org.my
Email : info@muslimconsumer.org.m
1) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
- Biro Pengantaraan Kewangan adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful.
Tel : 03-22722811
2) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
awesme bckgrnd...very colourful...keep it up
ReplyDelete